Saturday, May 17, 2014

week13:membina soalan text entry,multiple choice,drag and drop

Dalam flash cs3, terdapat 3 jenis teks iaitu input, dynamic dan static.

Input teks- teks yang akan dimasukkan oleh pengguna
Dynamic pula adalah teks yang boleh berubah.
Static text adalah teks yang tetap dan tidak berubah.

Membina soalan text entry

  1. Pilih jenis teks static text. Taip teks soalan,contoh: adakah hari ini hujan?
  2. Buat satu ruangan untuk masukkan jawapan 
  3. Buat kotak jawapan menggunakan tool shape rectangle dan set kan text pada kotak jawapan sebagai input text.Di bahagian properties, letakkan nama var sebagai answer.
  4.  Buat satu ruangan bagi response kepada jawapan teks entri tadi.
  5.  Pilih dynamic text tool dan namakan var sebagai respond.
  6.  Buat satu layer baru dan masukkan button. 
  7.  Klik kanan pada button tersebut dan pilih action. Coding yang perlu dimasukkan adalah seperti berikut. 

  8. jika jawapan yang diisi adalah yes maka akan keluar respon correct.
    sebaliknya jika pengguna memasukkan jawapan yang lain dari yes maka akan keluar respon memberitahu jawapan tersebut is incorrect.

    on(release) adalah apabila ditekan menggunakan mouse
    keypress pula adalah apabila ditekan pada keyboard(spacebar)

    8.  Tambah satu layer baru untuk stop, Klik pada frame pertama layer dan right click untuk masukkan action stop.



    contoh apabila jawapan betul:
     



    Membina soalan multiple choice.

    - Buat soalan seperti berikut.Teks gunakan teks static. ABCD adalah button dan boleh dibuat menggunakan tool shape.
    - Buat satu ruang respon dan set kan teks nya sebagai dynamic teks dan namakan var sebagai respon.




     

    - Klik kanan pada setiap button ABCD dan masukkan action. 
    - Pada jawapan yang salah masukkan action berikut pada button tersebut.

    -  setiap button boleh disetkan dengan respon yang berbeza.
    - Jika jawapan yang betul, boleh set kan respon= " correct, this is the correct time". 
    - respon adalah var yang dinamakan tadi, dan tulisan hijau tu adalah penyataan bagi respon tersebut


    ***Untuk drag and drop, saya akan buat pada entri baru sebab kelas yang terbaru dr.sykin ajar drag n drop yang lagi tepat











No comments:

Post a Comment