Saturday, May 17, 2014

week13:membina soalan text entry,multiple choice,drag and drop

Dalam flash cs3, terdapat 3 jenis teks iaitu input, dynamic dan static.

Input teks- teks yang akan dimasukkan oleh pengguna
Dynamic pula adalah teks yang boleh berubah.
Static text adalah teks yang tetap dan tidak berubah.

Membina soalan text entry

  1. Pilih jenis teks static text. Taip teks soalan,contoh: adakah hari ini hujan?
  2. Buat satu ruangan untuk masukkan jawapan 
  3. Buat kotak jawapan menggunakan tool shape rectangle dan set kan text pada kotak jawapan sebagai input text.Di bahagian properties, letakkan nama var sebagai answer.
  4.  Buat satu ruangan bagi response kepada jawapan teks entri tadi.
  5.  Pilih dynamic text tool dan namakan var sebagai respond.
  6.  Buat satu layer baru dan masukkan button. 
  7.  Klik kanan pada button tersebut dan pilih action. Coding yang perlu dimasukkan adalah seperti berikut. 

  8. jika jawapan yang diisi adalah yes maka akan keluar respon correct.
    sebaliknya jika pengguna memasukkan jawapan yang lain dari yes maka akan keluar respon memberitahu jawapan tersebut is incorrect.

    on(release) adalah apabila ditekan menggunakan mouse
    keypress pula adalah apabila ditekan pada keyboard(spacebar)

    8.  Tambah satu layer baru untuk stop, Klik pada frame pertama layer dan right click untuk masukkan action stop.



    contoh apabila jawapan betul:
     



    Membina soalan multiple choice.

    - Buat soalan seperti berikut.Teks gunakan teks static. ABCD adalah button dan boleh dibuat menggunakan tool shape.
    - Buat satu ruang respon dan set kan teks nya sebagai dynamic teks dan namakan var sebagai respon.




     

    - Klik kanan pada setiap button ABCD dan masukkan action. 
    - Pada jawapan yang salah masukkan action berikut pada button tersebut.

    -  setiap button boleh disetkan dengan respon yang berbeza.
    - Jika jawapan yang betul, boleh set kan respon= " correct, this is the correct time". 
    - respon adalah var yang dinamakan tadi, dan tulisan hijau tu adalah penyataan bagi respon tersebut


    ***Untuk drag and drop, saya akan buat pada entri baru sebab kelas yang terbaru dr.sykin ajar drag n drop yang lagi tepat











Wednesday, May 14, 2014

Action script 2.0 pada flash cs3 : gotoandplay & gotoandstop

Disebabkan lambat update entri yang ini, jadi saya ingat-ingat lupa langkah-langkah dalam buat action ini. Oleh itu, saya buka file, belek-belek dan akhirnya dapat ingat balik langkah2nya.

Beza action script dengan prgramming language.

-action script ,bahasa nya lagi simple

Kelas hari ini kami belajar action gotoandstop dan gotoandplay.

Bila nak guna gotoandplay?
Gotoandplay ini fungsi dia adalah apabila kita tekan sesuatu button tu dia akan pergi ke page tersebut.


gotoAndPlay([scene:String], frame:Object) : Void
Sends the playhead to the specified frame in a scene and plays from that frame. If no scene is specified, the playhead goes to the specified frame in the current scene. You can use the scene parameter only on the root Timeline, not within Timelines for movie clips or other objects in the document.

easily saying:
When the user clicks the buttons, the playhead moves to the specified location and continues playing.

Jom cuba!
  1. Buat button home dan activity.Type text seperti yang tertera dalam gambar di bawah.

   2. Insert keyframe pada saat ke 15
   3. 

       Letak nama bagi setiap button di bahagian properties.
       Pergi ke windows pada tab atas dan klik pada other panels>scene.Scene        yang pertama adalah home di mana di dalam home ada button                      activity.Pada langkah ini kita perlu duplicate scene supaya page tidak 
       berubah pada bahagian interphase ( ada button sama bahagian tepi).

duplicate-add scene-delete scene

Tekan duplicate scene dan anda akan dapat home copy.Tukar nama home copy kepada activity.
Klik pada scene activity dan type perkataan ACTIVITY di mana-mana ruang.Tujuannya bagi membezakan dengan HOME page.
       

       
    4. Tekan scene home semula.
        Right click pada button activity dan tekan actions.
    5. Keluar paparan seperti di bawah. Boleh klik pada box di bahagian tepi             kiri dan pilih goto.Edit coding di dalamnya. Atau tekan pada script                 assists dan type seperti yang tertera.
       "activity" adalah nama button activity tadi.1 pula menandakan pada 
          frame 1.  Klik x apabila selesai.




     6. Klik scene home. Tambah layer baru (layer STOP) dan klik pada frame              pertama.Seterusnya tekan kanan pada frame pertama dan klik action              dan masukkan actions stop. stop ();

Bila nak guna Gotoandstop?
Apabila kita klik pada sesuatu button atau objek 


gotoAndStop([scene:String], frame:Object) : Void
Sends the playhead to the specified frame in a scene and stops it. If no scene is specified, the playhead is sent to the frame in the current scene.You can use the scene parameter only on the root Timeline, not within Timelines for movie clips or other objects in the document.

easily said
When the user clicks the buttons, the playhead moves to the specified location and stops.


  1. Sambung kepada cara-cara gotoandplay.
  2. Klik scene activity.Add layer name act1 selepas payer STOP.
  3. Masukkan keyframe pada saat ke 10 dan pada saat ke 15.
  4. Type text ,dan namakan frame sebagai act1.
  5. Buat layer baru dan namakan activity1.Buat button activity 1. Masukkan keyframe pada saat ke 15.
  6. Right click pada button activity1,klik actions.Masukkan coding seperti berikut:
  7. activity adalah page activity dan act1 adalah text yang ditaip tadi. Apabila klik pada activity 1, maka text yang kita taip di bawah tu akan muncul.Text di bawah itu hanya akan muncul apabila kita klik pada activity 1.
  8. Di bahagian timeline frame pula, layer act akan menjadi begini;

credits : flashprofessional

Thursday, May 8, 2014

ONION SKIN

Tekap gambar di Flash CS3 !

1.Copy apa2 gambar ke dalam kanvas.




2. Pergi pada timeline > klik pada mana2 frame e.g: ke 2 > insert keyframe > klik pada butang onion skin (sebelah line merah, ada 2 petak bertindih dan belakang petak tu warna putih) > dan klik butang Del untuk padam gambar tersebut.
anda akan dapati gambar anda akan kelihatan  kabur-kabur.

3. Guna pencil tool dan lukis ikut gambar yang kabur-kabur tadi. Sebenarnya anda sekarang sedang melukis gambar dengan menekap . Bezanya anda melukis di komputer !

Kenapa kita lukis secara tekap ni?
Supaya kita boleh ambil sesuatu objek tanpa copyright.

hasilnya:



4. Gambar yang kita lukis ini, boleh convert pada symbol  dan digunakan banyak kali.

last but not least, rama-rama ni dilukis menggunakan graphic tablet jenama wacom yang diberi pinjam oleh dr.syikin.best lah juga guna..mudah sikit nak lukis berbanding guna mouse.tapi kalau nak betul2 mahir dr.pesan kena selalu guna.well..practice maker perfect kan..kan..oh ye waktu melukis ni kena hati-hati gak sebab kalau ada garisan yang tak bersambung antara lukisan  nanti bila nak warna jadi susah sikit.Jadi nak selesaikan  masalah macam ni, kena padam sikit-sikit garis tu dan lukis semula bagi garis tu bersambung.kacang jeee!haha..tapi sila bersabar.